JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian. Ujian sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat bagi memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).

JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan keutuhan.


Langkah Pembinaan JSU

Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina Jadual Spesifikasi Ujian ini. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut:



Rajah : langkah pembinaan JSU


Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajik kandungannya. Antara aspek yang dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu tajuk dan kepentingan bandingan diantara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga diamabil kira. Sukatan pelajaran perlu untuk dianalisis untuk melihat sejauh mana kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan masabagi sesuatu tajuk bermain tersebut.


Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran ini dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji. Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana yang perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka. Maklumat-maklumat di atas adalah penting kepada penggubal kertas kerana ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan ujian yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisaan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang biasanya mengandungi tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah paksi kemahiran yang biasanya mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga adalah paksi wajaran yang mengandungi peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan.


Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur, kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai berdasarkan tajuk, peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang bersesuaian dengan isi pengajaran dan tahap kecedasan murid.


Langkah yang keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan. Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang telah digariskan. Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira masa ujian, jenis soalan, dan kesukaran ujian, yang bergantung pada objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan bahasa murid dan lain-lain.




Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)


JSU yang lengkap dibina dengan baik akan sangat membantu penggubal kertas ujian dan pembina item soalan ujian. Antara kepentingan penyediaan JSU adalah seperti dapat membina dan menyediakan soalan ujian secara lebih terangcang dan sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan. JSU akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan, ini berdasarkan kesahan dari segi pensampelan sukatan pelajaran dapat dijamin. Pembinaan JSU juga dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasawalaupun dibina oleh pembina solan yang berbeza. Soalan yang akan dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat diantara satu ujian dengan ujian yang lain.


Rumusan


Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item atau soalan. Dalam sesebuah penilaian, JSU mempunyai peranan yang penting.

APA ITU PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN (3P)


TUJUAN

  1. Sebagai penggerak kepada pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru.
  2. Sebagai alat mencari punca kelemahan murid.
  3. Bagi mendapatkan maklumbalas keberkesanan pengajaran guru.
  4. Menilai prestasi dan kemajuan pelajar.
  5. Mengetahui pembelajaran lampau seseorang pelajar.
  6. Membolehkan murid mendapatkan sijil setelah lulus peperiksaan.
  7. Membuat ramalan tentang kemungkinan murid tersebut berjaya atau tidak dalam peperiksaan besar.
  8. Bagi membuat klasifikasi / pembahagian murid.
  9. Memudahkan pihak berkuasa membuat pemilihan ke sekolah-sekolah terbaik.
  10. Membuat sebarang penyelidikan berkaitan pendidikan.

KEPENTINGAN

  1. Membantu guru membimbing setiap pelajar untuk mempelajari setiap konsep dan kemahiran.
  2. Membekalkan murid dan ibu bapanya dengan laporan kemajuan yang boleh digunakan untuk bimbingan proses pembelajaran.
  3. megesahkan suatu paras pencapaian pelajar.
  4. Membekalkan rekod dan laporan yang boleh membantu ahli profesional lain untuk membimbing pelajar secara individu.
  5. Menentukan cara pengajaran kumpulan efisien dan efektif.
CIRI-CIRI UTAMA UJIAN

  1. Kesahan
  2. Kebolehpercayaan
  3. Keobjektifan
  4. Kebolehtadbiran
  5. Kebolehtafsiran
>> Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. ia terbahagi kepada empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan serentak.

Kesahan isi merujuk kepada keupayaan ujian menguji apa yang sepatutnya diuji. Contohnya, ujian kebolehan berbahasa perlu mengandungi soalan tentang bacaan petikan dan soalan kefahaman petikan itu.

Kesahan ramalan merujuk kepada takat ujian meramal kebolehan seseorang calon menjalankan sesuatu tugas dalam situasi yang lain ataupun pada masa hadapan. Contohnya, hasil ujian penulisan mungkin dapat meramal sejauh mana murid dapat membuat karangan dalam sesebuah bengkel. Sekiranya markah calon itu tinggi dan selalu dapat membuat karangan yang baik semasa bengkel dijalankan, maka kesahan ramalan ujian penulisan adalah tinggi.

Kesahan gagasan merujuk kepada takat sesuatu trait hipotetikal dibayangkan dalam pencapaian ujian. Contohnya, markah seseorang mungkin dipengaruhi oleh kecerdasan, kebolehan menaakul, dan sebagainya.

Kesahan serentak bertujuan menentukan tarap seseorang murid. Contohnya, dalam pengajaran Bahasa Melayu, satu objektif penting adalah untuk membolehkan murid menulis dengan baik berdasarkan peraturan-peraturan tatabahasa. Para pelajar yang memperoleh markah yang tinggi dalam ujian pencapaian (Bahasa Melayu) seharusnya boleh menulis dan bertutur dengan baik jika kesahan serentak ujian itu tinggi.

>> Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang calon mendapat markah sebanyak 80 peratus dalam suatu ujian pada hari pertama dan mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan.

>> Keobjektifan merujuk kepada takat yang mana pemeriksa-pemeriksa yang mahir memeberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang sama. Contohnya, keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian objektif (aneka pilihan) berbanding ujian subjektif dan pemarkahan tidak dipengaruhi oleh taksiran atau perasaan emosi pemeriksa. Sekiranya prosedur objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah terjamin.

>> Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru yang terhad latihan mereka. Arahan-arahan ujian seharusya jelas dan mudah. Masa yang diperuntukkan haruslah mencukupi. Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas melalu masa yang ditetapkan, maka kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas. Kebolehtadbiran merangkumi aspek pemarkahan. Contohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding ujian subjektif. Oleh itu, ia lebih diutamakan guru untuk menanda.



Pengujian
* Pengujian merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu.

* Ujian terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan pelajar memberi satu set tindak balas / respon.

* Calon ujian mungkin dikehendaki menyelesaikan suatu masalah matematik, melukis satu gambar rajah, menyusun radas, mentakrif sesuatu perkataan dan sebagainya.

* Ujian yang merupakan alat pengukuran hanya membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar (dalam bentuk markah) sahaja.

Tujuan pengujian adalah seperti berikut:

  1. Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai.
  2. Mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain.
  3. Ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pelajar sebelum pengajaran.
  4. Ujian diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan.

Pentaksiran

* Pengukuran pendidikan merupakan suatu proses yang menentukan kuantiti atau takat pembelajaran pelajar dan keberkesanan pengajaran guru.

* Alat pengukuran yang digunakan guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori, atau sesuatu skala.

* Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan.

Fungsi-fungsi pentaksiran adalah seperti berikut:
  1. Mengesan hasil pembelajaran yang telah diperoleh.
  2. Mengesan jenis kemahiran yang diperoleh.
  3. Mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain.
  4. Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.

Penilaian

* Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak.

Tiga langkah penilaian:

  1. Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur.
  2. Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran.
  3. Membuat sesuatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil pengukuran.* Dari segi konsep, penilaian merupakan yang paling luas.

*Ia adalah proses menggunakan data kuantiti dan kualiti untuk membuat taksiran dan keputusan.

* Data kualiti diperoleh daripada rekod peristiwa dan rekod pemerhatian tingkah laku seseorang individu.

* Contoh data kualiti adalah seperti, " Amir adalah seorang pelajar yang cerdas dan berinisiatif".

* Data kualitatif meliputi nilai berangka atau markah seperti "Ahmad mempunyai darjah kecerdasan 120".

* Ringkasnya, penilaian melibatkan penggunaan maklumat untuk membuat sesuatu keputusan.

* Penilaian merupakan satu aspek proses pembelajaran yang penting sekiranya ia menggalakkan pelajar membaiki pencapaiannya, membantu guru membuat taksiran tentang kesan pengajaran mereka.

#PENGENALAN SAINS SUKAN

Assalamualaikum, Hi
Dear Teachers and Students


Jom kita bincangkan serba sedikit tentang Sains Sukan.

Berdasarkan kandungan huraian sukatan pelajaran, Sains Sukan ialah satu bidang ilmu pengetahuan untuk mengurus dan memahami seluruh faktor gerak laku manusia dalam aktiviti sukan dan cara untuk meningkatkan prestasi lakuan motor manusia ke tahap yang optimum. Bidang ini wujud selari dengan perkembangan teknologi moden dan dilaksanakan secara terancang dan sistematik. 

Disiplin ilmu dalam bidang ini menggabungjalinkan kajian gerak laku manusia secara teori dan amali. Disiplin ini merangkumi aspek-aspek falsafah dan dasar, anatomi dan fisiologi manusia, fisiologi senam, pemakanan sukan, psikologi sukan, sosiologi sukan, biomekanik dan kawalan motor, kecederaan dan rehabilitasi, prinsip dan kaedah latihan sukan serta pengurusan sukan. Ilmu ini memberi kefahaman asas tentang keperluan untuk berjaya dalam sukan di peringkat tertinggi.


Cikgu Sha Sha

PENGENALAN ANATOMI & FISIOLOGI MANUSIA


ANATOMI & FISIOLOGI: SISTEM TENAGA




Tenaga diperolehi dari makanan.Penghasilan dalam badan secara berterusan untuk kehidupan.Kapasiti melakukan kerja. Penghasilan tenaga melalui pemecahan nutrien makanan menghasilkan“Adenosina Trifosfat”( ATP ). Tenaga dihasilkan semasa pemecahan ATP sebanyak 7 hingga 12 kilokalori.


Adenosina Trifosfat ( ATP )
Dihasilkan melalui :
  • Sistem anaerobik alaktik (ATP-PC)
  • Sistem anaerobik laktik (Glikosis anaerobik / sistem asid laktik )
  • Sistem aerobic ( sistem oksigen )


Sistem Anaerobik Alaktik (ATP-PC)
Dikenali sebagai sistem fosfogen,Membekalkan tenaga untuk aktiviti intensiti tinggi sehingga 10 saat. Fosfokreatin ( PC ) disimpan dalam sel otot. Tenaga terhasil apabila fosfat terurai dan pada sebatian fosfat kreatin. Hasil pemecahan ialah Kreatin (c) dan fosfat bukan organik (p i )


Sistem Anaerobik laktik ( Anaerobik Glikolisis )
Penghasilan tenaga hasil pemecahan glukosa. Karbohidrat yang tercerna atau glikogen tersimpan dalam otot atau hepar. Tidak memerlukan oksigen untuk proses pemecahan glukosa. Menghasilkan asid laktik yang melesukan otot. ATP yang dihasilkan melebihi dari yang diperolehi dari sistem ( ATP-PC). ATP untuk aktiviti fizikal berintensiti tinggi selama 1-3 minit.


Sistem Aerobik
Memerlukan kehadiran oksigen untuk menghasilkan tenaga. Penghasilan paling banyak ATP .Membolehkan aktiviti fizikal dilakukan dalam jangkamasa yang lama. Aktiviti berintensiti rendah dan sederhana. Nutrien glikogen, lemak dan protein digunakan untuk penghasilan tenaga. Hasil sampingan tidak melesukan.


Faktor-Faktor Penyebab Kelesuan Otot:
  • Pengumpulan asid laktik
  • Kekurangan simpanan ATP dan PC
  • Kekurangan simpanan glikogen otot
  • Pengumpulan Asid Laktik
  • Akibat pemecahan karbohidrat yang tidak sempurna.
  • Berlaku dalam fiber otot.
  • Glukosa ditukar oleh enzim kepad asid laktik bagi menghasilkan ATP.
  • Apabila kandungan asid laktik banyak dalam darah akan menyebabkan kelesuan.


Langkah-Langkah Melambatkan Kelesuan
Bagi melambatkan kelesuan, atlit mesti mengawal kadar kerja melalui rentak larian yang sesuai bagi memastikan PCr dan ATP tidak kehabisan. Jika pada permulaan larian terlalu cepat mengakibatkan simpanan ATP dan PC berkurang dengan cepat. Keadaan ini menyebabkan kelesuan berlaku lebih awal dan atlit gagal mengekalkan rentak larian sehingga fasa terakhir. Latihan dan pengalaman dapat membantu atlit menilai rentak larian yang optima bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan ATP dan PC.


Klik disini untuk permainan interaktif Sistem Tenaga.

Sistem Tenaga - Aras Pengetahuan
Sistem Tenaga - Aras Kefahaman
Sistem Tenaga - Aras Aplikasi

TIPS EXAM: PENGETAHUAN SAINS SUKAN SPM KERTAS 2

Assalamualaikum, Hi
Dear Students


Kepada semua pelajar Sains Sukan SPM, mungkin sedikit tips yang diberikan dibawah mungkin boleh membantu. Tips ini lebih menumpukan kepada kertas 2. Para pelajar dinasihatkan supaya membuat pembacaan lebih pada topik-topik semasa berada ditingkatan 4 kerana soalan struktur dan esei banyak tertumpu pada topik semasa berada ditingkatan 4.

1. Tunjang 1 (Pengurusan Sukan)
  • Definisi SS, Dasar Sukan Negara (kecemerlangan & massa), etika & semangat patriotisme   (bahagian A)
  • Kepentingan Sains Sukan dr aspek ekonomi, sosial, negara (penekanan pada soalan esei)
  • Skim persijilan kejurulatihan, nyatakan kerjaya dalam bidang sukan (bahagian A) 
  • Sistem pertandingan (kemungkinan soalan berulang), peraturan am (MSSM), organisasi pengelola (berpotensi utk disoal dibahagian esei)
  • Jelaskan jenis2 proses sosialisasi, kesan penglibatan sukan ke atas individu (tahap kesihatan dan kecergasan -atlet & bukan atlet), negara (sosial, politik, ekonomi)
  • Definisi psikologi sukan, peranan psikologis sukan, jenis2 motivasi dan kesan2 dan cth motivasi
  • Kebimbangan & atribusi - tanda2 kebimbangan & cara mengawal kebimbangan (bahagian A), kesan atribusi
  • Jenis2 keagresifan, punca, kesan dan cara mengawal (kemungkinan soalan berulang)

2. Tunjang 2 (Anatomi & Fisiologi)
  • Definisi (bahagian A), sistem2 yang terdapat pada tubuh manusia (soalan objektif)
  • Jelaskan ttg tendon, kartilej & ligamen
  • Nama-nama tulang dan fungsi tulang, anatomi tulang panjang, jenis-jenis tulang
  • Jenis-jenis sendi khususnya sendi diarthroses (sendi sinovial) - beri penekanan 
  • Jenis-jenis pergerakan asas tubuh
  • Jenis-jenis otot, ciri perbezaan otot kardiak, rangka, licin, anatomi otot rangka, nama-nama otot khususnya mengikut aplikasi sukan, fungsi otot, jenis penguncupan otot, jenis fiber dan ciri2 fiber otot sentak cepat jenis 1 dan 2
  • Anatomi sistem saraf, fungsi sistem saraf (bahagian A), anatomi sel neuron
  • Sistem tenaga mengikut jenis sukan / aktiviti fiziikal(bahagian A)
  • Komponen sistem jantung, anatomi jantung, keluaran jantung (berpotensi besar disoal dibahagian A), sistem peredaran darah, perbezaan hypertrophy & atrophy (kemungkinan pecahan dibahagian B)
  • Anatomi sistem respiratori, proses respiratori (kemungkinan pecahan dibahagian B)
  • Fungsi sistem endokrina, perihalkan kelenjar, jenis hormon yg dirembeskan, fungsi kesan kekurangnan & kelebihan setiap satu ( kemungkinan pecahan soalan esei)
  • Kelesuan otot - punca dan kaedah melambatkan kelesuan (berpotensi utk disoal dibahagian esei)

3. Tunjang 3 (Persediaan Fizikal)
  • Komponen kecergasan berasaskan kesihatan dan berasaskan motor (soalan objektif, struktur)
  • Prinsip-prinsip latihan (penekanan untuk Bahagian B)
  • Jenis-jenis latihan anaerobik & aerobik (berpotensi untuk disoal dibahagian A)
  • Rancangkan satu panduan lengkap pemakanan sukan bagi atlet sebelum, semasa, selepas pertandingan (berpotensi besar utk disoal dibahagian B)
  • Jelaskan jenis, fungsi, keperluan semasa senaman nutrien CHO, Protein, Lipid
  • Jelaskan isu pemakanan atlet wanita (bulimia, anorexia)
  • Jenis, kesan pengambilan bahan egrogenik & endgogenik - penekanan kepada penggunan steriod (berpotensi besar utk disoal dibahagian B)
  • Periodisasi (beri penekanan kemungkinan soalan berulang), pembolehubah periodisasi, jelaskan dan berikan cth fasa2 persediaan untuk pertandingan (penekanan kepada bahagain B)
  • Jenis-jenis latihan spesifik utk meningkatkan tahap kecergasan apek kesihatan & motor (objektif)
  • Kecederaan sukan - punca intrinsik & ekstrinsik dan cara menggelakkan berlakunya kecederaan.
  • Jelaskan prosedur / tujuan / faedah melakukan pemanasan badan dan gerak kendur (berpotensi besar disoal dibahagian B)
  • Jenis-jenis kecederaan disebabkan oleh haba, tanda / simptom dan kaedah rawatan awal (berpotensi utk disoal dibahagian B)
  • Nyatakan jenis2 kecederaan yang berlaku semasa senaman / latihan / bersukan (pecahan bahagian esei atau struktur)
  • Prosedur DRABC, TOTAPS, RICE (berpotensi tinggi utk disoal dibahagian esei)
  • Nyatakan jenis2 pemulihan / rehabilitasi (objektif dan bahagaian A)

4. Tunjang 4 (Lakuan Motor & Biomekanik)
  • Sistem mengawal penghasilan pergerakan (visual, vestibular, somatosensori) - penekanan khusus kepada bahagian A
  • Perkembangan motor, pembelajaran motor (kognitif, asosiatif & atonomus) 
  • Pemboleh ubah dalam pembelajaran motor (kaedah praktis & taburan praktis)
  • Maksud, jenis, tindakan mekanikal daya, hukum new ton (objektif), sistem tuas, kestabilan
  • Keluk pembelajaran motor (struktur dan objektif)
  • Klasifikasi kemahiran motor, teori pembelajaran fitts dan postner (kemungkinan soalan berulang)
  • Perihalkan / jelaskan perbezaan individu dari aspek keupayaan motor & faedah mengenal pasti perbezaan keupayaan antara individu / atlet (berpotensi disoal dibahagian esei)